STPM :: SPM 考生论坛
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Keindahan Yang Hilang

向下

Keindahan Yang Hilang Empty Keindahan Yang Hilang

帖子 由 Giraffe 周四 七月 23, 2009 3:53 am

MAKSUD


* Keindahan dan ketenangan alam sekitar telah hilang akibat
daripadapencemaran. Kawasan yang dahulunya menghijau dan damai dengan
airsungai yang mengalir tenang kini hanya tinggal kenangan.
* Keadaan itu sangat menyedihkan penghuni alam yang dilambangkan
olehburung undan tua yang berbunyi lemah menandakan kesedihan hati.
* Melalui penguasaan teknologi, manusia mampu menjelajah ke
angkasalepas. Namun, manusia menjadi leka sehingga lupa untuk
melindungi alamsekitar daripada pencemaran.
* Pemodenan yang tidak terancang akan memusnahkan keindahan
dankedamaian alam sekitar. Kini, alam sekitar dan sungai tidak lagi
indah.



TEMA


* Keindahan dan kedamaian alam yang musnah dan tercemar akibat aktiviti pembangunan / pemodenan yang tidak terancang



PERSOALAN


1. Penerokaan kawasan hutan untuk tujuan pembangunan akan
menyebabkanpencemaran dan seterusnya memberikan kesan buruk kepada
kehidupan.
2. Kemusnahan alam sekitar menyebabkan generasi akan datang tidak dapat menikmati keindahan dan kedamaian alam.
3. Kemajuan ilmu dalam bidang sains dan teknologi yang
menyebabkanmanusia dapat mencipta pelbagai alat-alat moden hingga mampu
menerokake angkasa lepas.



BENTUK


1. Terdiri daripada enam rangkap.
2. Dua hingga enam baris serangkap
3. Empat hingga tujuh patah kata sebaris.
4. Sembilan hingga 19 suku kata sebaris.



GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI


1. Asonasi - Contohnya; lesu berapungan di air lalu (pengulangan vokal "u")
2. Aliterasi - Contohnya; renik-renik mengirai bulu carik (pengulangan konsonan "r")
3. Inversi - Contohnya; erat bertaut cinta kasih (sepatutnya cinta kasih bertaut erat)
4. Metafora - Contohnya; malam lara, menara kasih.
5. Personifikasi - Contohnya; bulan tiada lagi mendandan wajah, malam hiba dadanya ungu luka, airnya bengis melanda.



NILAI


1. Kecekalan / Ketabahan.
Contohnya , hidupan rimba tabah menghadapi kesusahan hidup akibat alam sekitar yang menjadi habitat mereka telah tercemar.
2. Kebijaksanaan.
Contohnya, manusia mampu menguasai bidang teknologi sehingga mampu mengkaji pelbagai rahsia di angkasa lepas.
3. Keyakinan diri.
Contohnya, yakin dengan ilmu yang dimiliki, manusia mampu meneroka ke angkasa lepas.
4. Kesyukuran.
Contohnya, menikmati keindahan alam ciptaan tuhan dan berusaha untuk memuliharanya.



PENGAJARAN


1. Kita mestilah merancang proses pembangunan supaya tidak berlaku kemusnahan alam sekitar.
2. Kita hendaklah menguasai bidang sains dan teknologi dan menggunakannya untuk kesejahteraan manusia sejagat.
3. Kita mestilah berusaha memelihara alam dan mengelakkan pencemaran alam.
4. Kita hendaklah cinta akan alam sekitar agar keindahan dan kedamaian serta habitat hidupan terpelihara
5. Kita hendaklah bersyukur kerana semua yang ada merupakan ciptaan tuhan
Giraffe
Giraffe
校长
校长

帖子数 : 542
学分 1018
来自 : johor
注册日期 : 09-07-22
年龄 : 32

http://thestudents.forumotion.com

返回页首 向下

Keindahan Yang Hilang Empty 回复: Keindahan Yang Hilang

帖子 由 Giraffe 周四 七月 23, 2009 3:53 am

Contoh soalan dan jawapan Sajak Keindahan Yang Halang
I
Sayup-sayup undan tua berlagu hiba
terbang beriring di rembang petang
renik-renik mengirai bulu carik
melayang satu-satu berbaur debu
lesu berapungan di air lalu.

Daun-daun menghijau alangkah segar
kemilau danau disinar mentari
kali tenang betapa lembut mengalir ke muara
kedamaian melingkar rimba
lalu tumpah kasih nan jernih
erat bertaut cinta kasih.

Malam hiba dadanya ungu luka
pungguk tersedu pilu di atas batu
bulan tiada lagi mendandan wajah
bintang malam pudar sinarnya.

II
Orang bicara bulan bintang di makmal
pada buku, data dan komputer
lalu bulan dan cakerawala bisa diteroka
bisa kembara di planet dan angkasa.

Undan patah sayap gugur bulunya bertaburan
Suara siapa parau mendera di malam lara
Kali tenang tiba-tiba airnya bengis melanda
Kepada siapa anak-anak kota desa berhutang nyawa?

III
Bulan kini bukan menara kasih jernih
bintang-bintang bukan lagi saksi sumpah kekasih.


(i) Apakah yang menjadi agenda manusia selaras dengan kemajuan sainsdan
teknologi seperti yang tergambar dalam puisi di atas? [3 markah]

Perkara yang menjadi agenda manusia selaras
dengankemajuan sains dan teknologi ialah manusia menjalankan
kajian-kajiansains, mengkaji ilmu dengan menggunakan komputer bagi
membolehkanmanusia meneroka ke angkasa lepas termasuk planet-planet
yang lain.



(ii) Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan negatif yang terjadi akibat alam sekitar tidak dipelihara dengan baik. [3 markah]


Pada pendapat saya, kesan-kesan negatif akibat
alamsekitar yang tidak dipelihara ialah kepupusan flora dan
fauna,menjejaskan kesihatan manusia, dan pencemaran alam berleluasa.


(iii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam puisi di atas. [3 markah]


Dua pengajaran yang terdapat dalam puisi
tersebutialah manusia hendaklah memelihara alam sekitar dengan baik.
Hal inidemikian alam sekitar yang tidak dijaga menyebabkan pencemaran.
Selainitu manusia janganlah terlalu ghairah dengan kemajuan sains
sehinggamengabaikan alam sekitar. Hal ini demikian kerana kemajuan
sains yangtidak dikawal menyebabkan manusia lupa akan tanggungjawabnya
terhadap alam
Giraffe
Giraffe
校长
校长

帖子数 : 542
学分 1018
来自 : johor
注册日期 : 09-07-22
年龄 : 32

http://thestudents.forumotion.com

返回页首 向下

返回页首


 
您在这个论坛的权限:
不能在这个论坛回复主题