STPM :: SPM 考生论坛
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Part 11-sejarah Asia

向下

Part 11-sejarah Asia Empty Part 11-sejarah Asia

帖子 由 *baby* 周一 七月 27, 2009 5:15 am

Bincangkan sistem beraja dan sistem pentadbiran di Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur.



Institusi pemerintahan di Asia secara umumnya berasaskan sistem beraja
atau sistem bermaharaja. Di negara-negara Asia Tenggara, kebanyakan
sistem beraja dipengaruhi oleh sistem beraja di India. Bagi negara
Indo-China, sistem berajanya menerima pengaruh dari China. Menjelang
abad ke-18 dan 19, hampir semua negara mengamalkan sistem ini. Mengikut
sistem ini, raja menjadi ketua negara. Baginda berkuasa mutlak dalam
menjalankan pemerintahan dan pentadbiran. Baginda juga dibantu oleh
sekumpulan pembesar yang berkaliber.



Sistem beraja di Asia Tenggara berasaskan pengaruh sistem politik di
India. Sistem ini digelar kerajaan bercorak keindiaan. Ia merupakan
gabungan unsur-unsur keindiaan dengan unsur-unsur tempatan tetapi
unsur-unsur keindiaan mengatasi unsur-unsur tempatan. Mengikut
kepercayaan Hindu-Buddha, konsep orde kosmos diumpamakan kepada satu
negara: satu negara itu melambangkan satu alam semesta dan pusatnya
ialah ibu kota dan raja sendiri menjadi pusat alam. Raja akan membina
masyarakat selaras dengan peraturan-peraturan alam semesta atau dharma.
Raja juga dianggap sebagai dewa raja. Mengikut kepercayaan, raja itu
dianggap sebagai wakil tuhan di bumi atau god shadow on earth, rakyat
tidak boleh mempersoalkan tindak-tanduk raja-raja.



Di Myanmar, Kanun India Manu telah meletakkan taraf separuh ketuhanan
ke atas raja: tiada seorangpun yang berani mencabar manu. Mengikut Cady
dalam bukunya “South East Asia: Its Historical Development”: tiada
orang Myanmar yang berani mempersoalkan hak raja bagi menguasai
kehidupan, harta dan kewajibannya kecuali kalau orang itu sanggup
dikatakan sebagai penderhaka. Sifat ketuhanan ini diberi oleh sami-sami
Brahmin kepada raja apabila mereka memegang paying putih yang
menunjukkan simbol kedaulatan dan ketuhanan dan mengurniakan raja-raja
dengan alat kebesaran yang mempunyai sifat-sifat sakti. Raja dianggap
sebagai pelindung ketidakadilan dan pencerobohan. Baginda juga
merupakan pelindung penganjur agama Buddha. Bilangan gajah albino yang
dimiliki oleh raja merupakan satu tanda pasti kuasa raja Myanmar.
Istana pula menjadi satu simbol yang mewakili Gunung Meru iaitu tempat
kediaman tuhan-tuhan dan pusat alam menurut kosmologi orang India.
Prinsip kosmologi ini memberi kuasa yang sungguh besar kepada raja dan
juga menolong meninggikan anggapan diri mereka dan kebanggaan mereka.
Kegagalan raja mempertahankan ibu negeri daripada ditawan bermakna
kehilangan takhta kerajaan. Bagi mempertahankan istana dan ibu negeri,
tembok telah dibina.



Di Thailand, rakyat di sana tidak boleh melihat muka raja dan adat
menyembah bersujut atau menyiarap mesti dilakukan semasa mengadap raja.
Seseorang yang hendak mengadap raja harus merangkap masuk dan berada
dalam keadaan menyiarap. Apabila rombongan raja tiba di suatu kawasan,
rakyat jelata terpaksa melarikan diri dari tempat tersebut.



Di Vietnam pula, seseorang maharaja itu mempunyai kuasa mutlak. Tugas
maharaja sering dipenuhi dengan upacara amal resam (tradisional).
Kesejahteraan rakyat dan negara bergantung kepada kebijaksanaan
maharajanya. Pengabaian upacara amal resam menyebabkan negara ditimpa
kecelakaan. Seseorang maharaja memberikan contoh yang baik terhadap
rakyatnya. Mengikut Confucius: seseorang maharaja samalah seperti
angin. Sifat rakyat seperti rumput. Rumput akan tunduk mengikut arah
angin bertiup. Andaikata kalau maharaja tidak bertindak adil, mandat
dari alam kudus yang dimilikinya akan lenyap sendirinya. Penentangan
rakyat terhadap maharaja yang sedemikian dikatakan sangat wajar.



Di Asia Timur, kalau ditinjau dari China, maharaja dianggap sebagai
“son of heaven” (anak tuhan). Baginda mendapat mandat dari Tuhan untuk
memerintah. Kalau negara maju, rakyat menganggap maharaja masih
mendapat mandat Tuhan dan disebaliknya, maka boleh menggulingkannya
sehingga dapat mandat Tuhan. Rakyat tidak boleh pandang wajah maharaja.
Sesiapa yang pandang wajah maharaja akan ditimpa kecelakaan. Rakyat
jelata juga perlu kowtow sebanyak 9 kali semasa mengadap raja.



Di Jepun pula, sistem berajanya dipengaruhi oleh fahaman Shintoisme
(kesetiaan rakyat kepada raja dan maharaja). Mengikut fahaman ini,
maharaja adalah ketua agama, ketua negara dan rakyat perlu amat setia
pada negara dan maharajanya.



Dari segi pentadbiran, di Myanmar, raja dan permaisuri pertama adalah
penting. Dibawahnya, terdapat sami-sami Brahmin. Tugas-tugas sami
Brahmin ialah memberi penghormatan rakyat kepada raja, mengadakan
upacara adat-istiadat dan mengetuai semua amalan-amalan yang penuh
tahyul. Selain itu, Raja Muda (Einshemin) juga menduduki tempat yang
sama. Einshemin ini mempunyai istananya dan pegawai sendiri serta
pengawal peribadi. Kaum bangsawan pula terdiri daripada keluarga diraja
yang mempunyai hak turun-temurun. Kuasa mereka adalah dari kuasa mutlak
raja. Mereka memegang jawatan di pentadbiran awam. Pendapatan mereka
adalah cukai-cukai yang dikumpulkan di kawasan Myosa. Selepas
bangsawan, terdapat 4 orang Wungyi (menteri-menteri diraja). Mereka
menguasai pusat pentadbiran Hlutdaw (Dewan Kerja). Mereka terdiri
daripada orang yang cekap dan boleh dipercayai. Mereka dibantu oleh
menteri-menteri kelas dua (Windauk). Selepas Wungyi, terdapat 4 atau 8
orang Atwinwun yang menjalankan pentadbiran dalam istana. Myowun yang
berkuasa tentera pula menjadi gabenor di wilayah. Terdapat 4 orang
Myowun di Myanmar. Akunwun pula merupakan pengutip cukai dan penyelia.
Cukai yang dikutip oleh beliau akan diserah 60-80% kepada raja. Bakinya
disimpan olehnya. Pegawai polis pula dikenali sebagai Sitke. Myothugyi
pula menjadi ketua bandar dan bertanggungjawab di peringkat kampung dan
daerah juga.



Di Thailand, pentadbirannya terbahagi kepada 2 iaitu pentadbiran pusat
dan wilayah. Kedua-duanya menguasai tenaga manusia sepenuhnya. Di
Thailand, terdapat 3 jenis wilayah, iaitu wilayah kelas pertama yang
terdiri daripada kawasan strategik, bandar besar yang mampu menentang
ancaman musuh; wilayah kelas kedua dan ketiga ialah kawasan bandar yang
agak besar, tiada termasuk di bawah kuasa penyeliaan kerajaan pusat dan
wilayah kelas keempat ialah bandar-bandar di sekitar ibu kota dan
dibawah penguasaan kerajaan pusat. Setiap wilayah ini diserah kepada
pembesar bergelar Chao Phraya. Beliau dibantu oleh Yok-Krabat.
Yok-Krabat ini boleh menjadi pengganti Chao Phraya apabila Chao Phraya
mati. Pegawai ini dilantik menerusi surat tauliah dan biasanya dilantik
dari keluarga Kunnang. Dalam pentadbiran Thailand, terdapat juga 3
jabatan utama iaitu Krom Mahatthai yang diketuai oleh Samuha Nayok yang
mengawal wilayah Thai Utara; Krom Kalahon yang diketuai oleh Samuha
Phra Kalahon yang mengawal Selatan Thai dan Krom Khlang yang diketuai
oleh Chao Phraya Phra Khlang yang mengawal persisiran pantai dan Teluk
Siam. Selepas jabatan utama, terdapat 4 jabatan kanan iaitu Krom Maung
(Jabatan Ibu Kota), Krom Na (Jabatan Tanah), Krom Wang (Jabatan Istana)
dan Krom Khlang (Jabatan Kewangan, Perniagaan dan Perhubungan Luar).



Di Vietnam, Maharaja dianggap sebagai puncak kekuasaan, mempunyai kuasa
mutlak. Pembesar Mandarin merupakan pegawai yang terdiri daripada orang
yang paling alim, menjalankan kehendak raja. Mereka merupakan kumpulan
orang yang mendapat kuasa dari raja. Peluang yang besar dimiliki oleh
mereka untuk mempengaruhi Maharaja. Jawatan ini tidak boleh diwarisi.
Tidak mempunyai bangsawan yang menguasai tanah. Dalam sastera Vietnam,
ada dinyatakan bahawa kaum Mandarin dan raja melakukan penyeksaan:
“Raja memaksa rakyat bekerja tanpa makan dan bayar gaji. Kaum ini
mencuri, merampas seberapa banyak yang dapat.”



Di India, raja dinasihati oleh Mantri Parishad. Mantri Parishad pada
awal dilantik kemudian menjadi hak warisan pada akhirnya. Ada kalanya,
ia lebih berkuasa daripada raja. Di Kerajaan Maratha, terdapat satu
golongan pembesar yang dipanggil Peshwa yang lebih berkuasa. Di
bawahnya ada Mantrin. Purohita sangat berpengaruh, rapat dengan raja,
raja menerima nasihat darinya dalam segala hal. Purohita ini adalah
seperti tukang tilik. Selepasnya terdapat satu barisan menteri-menteri.
Dalamnya terdapat Sanidhatar, Samahartar dan sebagainya. Selepas
kedatangan Islam, Mansabdar menjadi pembesar kanan. Sistem
pemerintahannya dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu pengurusan
kerajaan, pengurusan tentera dan pengurusan empayar. Setiap bahagian
mempunyai ketuanya masing-masing. Pentadbiran awam diketuai oleh
Perdana Menteri (Vakil). Pengurusan cukai diserahkan kepada Wazir.
Setiap wilayah di India diketuai oleh Subahdar. Qazi menjadi hakim.



Di negeri China, Maharaja dibantu oleh Jabatan Setiausaha Tinggi dan
Majlis Tertinggi yang terdiri daripada 6 orang pembesar kanan. Terdapat
beberapa jabatan seperti Jabatan Awam, Jabatan Dalam Negeri, Jabatan
Perang dan sebagainya. Setiap jabatan ini diketuai oleh seorang pegawai
dilantik. Ada satu jabatan khas yang dipanggil Jabatan Penapis yang
terdiri daripada 24 orang di Peking dan 56 orang di wilayah menjadi
mata dan telinga bagi Maharaja untuk mengintip tingkah laku pegawai
wilayah. Ibu kota dan kawasan sekitar terletak di bawah kawalan
kerajaan pusat. Manakala kawasan lain dibahagikan dan dikuasai oleh
seorang pembesar feudal. Kuasanya seperti seorang raja tetapi dasar
umum dibentuk di Peking, tetapi pembesar-pembesar wilayah boleh
membubarkan dasar umum dengan kebenaran adat-istiadat dan keadaan
tempatan. Wilayah-wilayah merupakan kerajaan sendiri yang diketuai oleh
Gabenor. Tanggungjawab gabenor ialah mengekalkan keamanan, mewujudkan
ketenteraman dan memastikan kemakmuran wilayah masing-masing. Gabenor
ini dibantu oleh pembesar wilayah seperti bendahari, hakim, pengawal
garam dan sebagainya. Semua pembesar kerajaan dilantik dan wajib lulus
peperiksaan awam. Hal ini adalah dikecualikan daripada kemasukan
tentera.



Di Jepun, Maharaja dibantu oleh 2 jabatan iaitu Jabatan Pemujaan
(Jingikan) dan Jabatan Negara (Dajokan). Kerajaan dibahagikan kepada
kerajaan wilayah dipanggil Kuni, ditadbir oleh Kami (gabenor). Pegawai
ini dilantik mengikut kelahiran dan keturunan. Selepas Maharaja ialah
Shogun. Shogun dibantu oleh Tairo (Majlis Penasihat Agung) dan Roju
(Majlis Tertua). Tairo bertanggungjawab menasihti raja dalam
dasar-dasar negara penting dan Roju bertugas membentuk Majlis Negara
menguruskan perkara-perkara yang berhubungan dengan istana raja,
golongan bangsawan iaitu Daimyo. Daimyo pula dibantu oleh Samurai dan
Karo (orang suruhan pentadbir tanah). Terdapat 3 kumpulan Daimyo iaitu
Shimpon (ahli keluarga Tokugawa), Fudali (orang yang menerima
kepimpinan Tokugawa Iyeyasu) dan Tozama (bangsawan yang setanding
dengan Iyeyasu). Selepas Maharaja Meiji menjalankan pemodenan (1868),
sistem pentadbiran telah berubah. Maharaja kini dibantu oleh ketua yang
agung (Putera Mahkota), Majlis Kelas Pertama (Gijo) dan Majlis Kelas
Kedua (Sanyo). Maharaja Meiji juga menubuhkan satu dewan yang dikenali
sebagai Daijokwan. Daijokwan ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu
Dewan Pertuanan dan Dewan Rakyat. Dewan Pertuanan ini dibantu oleh 8
lembaga pentadbir, ahlinya dari golongan pembesar dan ia diketuai oleh
ketua menteri yang bertanggungjawab kepada Maharaja.



Menjelang akhir abad ke-19, kuasa-kuasa asing mula campur tangan dalam
hal-ehwal pentadbiran setempat. Kuasa-kuasa asing ini adalah seperti
British, Perancis, Sepanyol dan sebagainya. Akibatnya, sistem beraja
yang diamalkan selama ini makin luntur pengaruhnya dan digantikan
dengan sistem pentadbiran birokrasi yang diperkenalkan oleh kuasa
Barat. Sistem birokrasi baru telah menjejaskan kepentingan pembesar
tempatan lalu banyak penentangan terhadap kuasa Barat telah berlaku,
khasnya di negara Asia Tenggara.
*baby*
*baby*

帖子数 : 53
学分 125
注册日期 : 09-07-27

返回页首 向下

返回页首


 
您在这个论坛的权限:
不能在这个论坛回复主题