STPM :: SPM 考生论坛
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kesantunan Berbahasa

向下

Kesantunan Berbahasa Empty Kesantunan Berbahasa

帖子 由 言言 周日 七月 26, 2009 10:51 am

1. Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan
sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi
bahasa.
2. Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa.
3. Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri.
4. Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama.
5. Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu.
Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai
dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan.
6. Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar ``disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tata tertib.''
7. Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan
bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara
ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram,
bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan sebagainya.
8. Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam
keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada
kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.
9,

Lihat contoh berikut:
Pak Digunakan untuk orang lelaki yangs ama sebaya dengan ayah kendiri.
Mak Digunaka utnuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak kendiri
Tok Digunakan untuk orang lelaki atau prempuan yang kira-kira sebaya dengan datuk atau nenek kendiri.
Abang Digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah kendiri dan juga tidak semua kendiri.
Kakak Digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak kendiri dan juga tidak semuda kendiri.
Adik Digunakan untuk orang lelaki atau permepuan yang lebih muda daripada kendiri.


10. Gelaran Pak atau Mak ketika berkomunikasi ditambah dengan Cik, menjadi Mak Cik atau Pak Cik
11. Jenama kekeluargaan terbahagi kepada:

i. Jenama kekeluargaan pertalian darah (Pak Long, Mak Long, Pak Ngah,
Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak Njang, Pak Cik, Mak Cik,
Pak Su, Mak Su.

Gabungan nama kekeluargaan asas (Abang (bang) dan Kak dengan jenama
kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas kepada Long, Ngah dan Cik
seperti Bang Long, Kak Long, Bang Ngah, Kak Ngah, Bang Cik dan Kak Cik.

ii. Jenama kekeluargaan ikatan perkahwinan

Diwakili oleh kata menantu, mentua dan ipar. (Pak Mentua, Mak Mentua
dan Tok Mentua). Ipar digunakan untuk merujuk kepada ahli-ahli dalam
keluarga suami atau isteri selain menantu danmentua. Contoh: abang
ipar, kak ipar, adik ipar mak long ipar, mak ngah ipar dan sebagainya.
12. Gelaran Pergaulan Bebas

Biasanya Cik digunakan untuk perempuan yang belum berkahwin, manakala Encik untuk lelaki sahaja.


13. Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal)

Tuan - digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya daripada
kendiri, dan orang lelaki bergelar Haji, Doktor, Profesor dan Syed.

Encik, Cik - boleh digunakan untuk orang lelaki yag lebih tinggi
pangkatnya, daripada kendiri seperti Encik Ahmad atau Cik Ahmad.

Puan - untuk perempuan sahaj ayang pangkatnya lebih tinggi daripada
kendiri, dan perempuan yang mempunyai gelaran Doktor, Profesor dan
sebagainya.

Saudara - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang seumur
dengankendiri atau lebih muda, dan hubungannya belum rapat dewngan
kendiri atau digunakan dalam rujukan kepada ahli-ahli dalam
mesyuarat,perbahasan dan sebagainya.

Saudari - digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks yang sama dengan penggunaan gelaran saudara.

Tetuan - hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para
pemilik atau pentadbir syarikat perniagaan (termausk syarikat guaman)
seperti: Tetuan Syarikat Sinaran Sdn. Bhd.)


14. Gelaran Warisan

Contoh Raja (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda
(Brunei Darussalam) Tengku (Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu).

Gelaran keturunan orang-orang besar; Megat dan Puteri (Perak), Nik
(Kelantan), Wan (Kelantan, Terengganu), Abang (Sarawak); Datu (Sabah),
Awangku, Pangeran dan Dayangku (Brunei Darussalam), Tan (di Kedah) dan
Tun (Terengganu)

Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. seperti syed atau
sayid bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan. Sesetengah pihak
mengatakan bahawa gelaran Syarif, Syekh dan Siti juga tergolong ke
dalam gelaran jenis ini.

Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia
seperti Raden (Jawa), Daeng (Bugis), Sidi, Sutan (Minangkabau), Teuku
dan Teungku (Aceh).


15. Gelaran Kurniaan, Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk (Datuk
Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia), Datuk (Satuk Patingi, Datuk Amar),
Datin Paduka (gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Selangor),
Toh Puan (isteri kepada datuk di Terengganu)

Pendeta Za'aba (gelaran kurniaan yahng diberikan oleh pertubuhan
seperti Kongres Bahasa Melayu Ketiga (1956). Gelaran Bapa Kemerdekaan
kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
16. Gabungan Gelaran

(a) kekeluargaan + keagamaan. - Pak Haji

(b) Pergaulan Tak Bersahaja (kecuali saudara) + Keagamaan. - Tuan Haji

(c) Kekeluargaan + warisan (hanya Ungku, Engku, Wan, Nik) - Pak Ungku, Mak Ungku, Mak Wan, Pak Nik.

(d) Pergaulan Tak Bersahaja + Keagamaan + Warisan (hanya Nik). Contoh: Tuan Haji Nik

(e) Warisan (Kecuali Nik) + Keagamaan. - Raja Haji

(f) Kurniaan Kerajaan + Akademik/Ikhtisas + Warisan + Keagamaan. - Tan Sri Prof. Raja Haji Osman


17. Rujukan Hormat
Orang Yang Disapa Rujukan Hormat
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Sultan, Raja, Sultanah, Tengku Ampuan, Raja Permaisuri Duli Yang Maha Mulia
Balu Raja Yang Maha Mulia
Raja Muda atau Tengku Mahkota Duli Yang Teramat Mulia atau Yang Teramat Mulia
Kerabat Diraja Karib Yang Amat Mulia
Bergelar warisan Yang Mulia
Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri Yang Amat Berhormat
Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (wakil rakyat) Yang Berhormat
Wakil Rakyat yang mempunyai gelaran Tengku atau Raja Yang Berhormat Mulia
Tun, Toh Puan Yang Amat Berbahagia
Yang mempunyai gelaran kurniaan kerajaan (selain Tun dan Toh Puan) atau/dan gelaran ikhtisas yang formal Yang Berbahagia
Ketua Hakim Negara Yang Amat Arif
Ketua Polis Negara Yang Amat Setia
Hakim, Kadi Yang Arif
Mufti dan pemimpin Islam Sahibul Samahah
Ketua jabatan tanpa gelaran Yang Berusaha
言言
言言

帖子数 : 89
学分 168
来自 : malaysia
注册日期 : 09-07-25
年龄 : 28

返回页首 向下

返回页首


 
您在这个论坛的权限:
不能在这个论坛回复主题