Tamadun Dunia(转贴)
第1页/共1页
Tamadun Dunia(转贴)
940/K1/1: Berdasarkan contoh-contoh yang sesuai, bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada pembinaan sesebuah tamadun.
Pengenalan:
Setiap tamadun di dunia mengalami perkembangannya yang
tersendiri,berkembang, kemudiannya merosot dan seterusnya lenyap
digantikan oleh kerajaan atau tamadun lain. Faktor pembinaan sesebuah
tamadun mungkin berbeza antara satu dengan yang lain kerana
kedudukannya dan budaya masyarakatnya yang berlainan. Sungguhpun
begitu, kita boleh mengenal pasti beberapa faktor utama yang membawa
kepada kemunculan sesebuah tamadun.
a. Kesengsaraan Hidup
- Keadaan hidup yang sengsara dan derita mendorong masyarakat berusaha
secara kolektif untuk membebaskan diri mereka daripada kesengsaraan
hidup.
- Penderitaan yang dialami menjadikan sesebuah masyarakat lebih
berdisiplin dan kreatif dalam menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
Keadaan ini sesuai dengan pepatah Inggeris yang berbunyi "necessity is
mother of invention".
- Masyarakat di Mesir telah memperkenalkan ilmu matematik,
kejuruteraan, dan takwim kerana bimbang terhadap bencana banjir yang
melanda tempat tinggal mereka saban tahun.
b. Asabiyah atau Semangat Kesukuan
- Ibn Khaldun dalam bukunya Muqaddimmah berpendapat bahawa asas kemajuan kehidupan manusia ialah asabiyah.
- Dasar utama yang terkandung dalam asabiyah ialah sifat semula jadi manusia yang cinta akan ahli keluarga.
- Begitu juga hubungan yang rapat abtara ketua dan anggota kabilah di bawah pimpinannya.
- Ikatan yang terjalin itu akan mengukuhkan sesuatu kabilah yang memungkinkan munculnya sesebuah tamadun.
- Bagi sesebuah kerajaan atau tamadun yang bercorak dinasti, semangat
asabiyah lebih ketara kerana jawatan-jawatan penting diberikan kepada
kaum keluarga dan kerabatnya. Kerajaan Bani Umaiyah adalah satu
daripada contohnya-contohnya.
c. Faktor Hijrah dan Peranan Manusia
- Seorang sarjana sosiologi dari Iran, Ali Shariati berpendapat bahawa
ada dua faktor yang mencetuskan pembinaan sesebuah peradaban.
- Faktor pertama ialah hijrah dan kedua ialah peranan manusia dalam menempa kejayaan.
- Daripada kajiannya terhadap 27 tamadun, Ali Shariati merumuskan
bahawa tamadun lahir kerana penghijrahan manusia dari tempat asal ke
tempat baru.
- Tamadun menurutnya tidak pernah lahir dan berkembang dalam kalangan
masyarakat primitif yang tidak pernah berpindah dari satu tempat ke
satu tempat yang lain.
- Contohnya, peradaban Melaka lahir kerana penghijrahan sekelompok
manusia dari Sumatera, membuka Melaka dan seterusnya Melaka menjadi
pusat perdagangan, Kebudayaan dan aktiviti keintelektualan di rantau
ini.
- Peranan manusia turut penting bagi menentukan nasib dan mengubah masa
depan mereka kerana mereka diberi akal fikiran dan kuasa untuk berusaha.
d. Penghayatan Terhadap Bidang Keilmuan
- Kemunculan sesebuah tamadun turut didorong oleh penghayatan dan kecintaan yang tinggi terhadap bidang keilmuan.
- Penghayatan terhadap ilmu dapat dilihat dalam diri tokoh-tokoh
terkemuka tamadun silam seperti Plato dan Aristotle dalam tamadun
Yunani, Kautilya dalam Tamadun India.
e. Peranan Faktor Agama
- Arnold Toynbee percaya bahawa agama berperanan memanjangkan usia sesebuah tamadun.
f. Sifat Terbuka
- Kemunculan sesebuah tamadun turut disebabkan oleh toleransi terhadap sumbangan tamadun-tamadun lain.
- Sifat keterbukaan ini memberi kesan positif kepada sesebuah tamadun.
Tamadun Islam bersifat terbuka kerana menerima sumber-sumber ilmu dari
tamadun China, Yunani, Parsi,dan India.
g. Kedudukan yang Strategik
- Kemunculan sesebuah tamadun boleh dikaitkan dengan kedudukan sesebuah tamadun yang strategik.
- Hal ini membolehkan masyarakat memperoleh sumber-sumber semula jadi untuk kelangsungan hidup.
- Faktor lokasi yang strategik menggalakkan pembentukan tamadun
Mesopotamia di Lembah Tigris dan Euphrates, tamadun Mesir di Lembah
Sungai Nil, dan tamadun China di Lembag Sungai HwangHo.
h. Peranan Elit dan Idea
- Arnold Toynbee berpendapat bahawa peranan sekumpulan elit adalah penting dalam pembinaan tamadun.
- Malik Bennabi pula berpendapat tiga unsur yang membentuk tamadun iaitu manusia, benda, dan idea.
- Dengan kekayaan benda atau material sahaja tetapi ketandusan idea, tidak memungkinkan tamadun itu dibina dengan kukuh.
- Chandragupta Maurya dan Kautilya adalah contoh yang baik tentang
peranan elit dan idea yang membantu membina empayar Maurya di India.
Kesimpulan:
Setiap tamadun dunia dibina hasil gabungan beberapa faktor yang
dibincangkan di atas. Kesungguhan pengasas-pengasas sesebuah tamadun
adalah lebih dominan dalam menentukan hala tuju sesebuah tamadun.

*baby*- 帖子数 : 53
125
注册日期 : 09-07-27
第1页/共1页
您在这个论坛的权限:
您不能在这个论坛回复主题