STPM :: SPM 考生论坛
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Novel Putera Gunung Tahan

向下

Novel Putera Gunung Tahan Empty Novel Putera Gunung Tahan

帖子 由 Giraffe 周四 七月 23, 2009 3:48 am

Peristiwa-peristiwa Penting Dalam Novel Putera Gunung Tahan

BAB 1

i. Asal-usul negeri Pahang (Bagaimana situasi negeri Pahang pada
masaitu iaitu sekitar tahun 1937 - zaman pendudukan Inggeris di
TanahMelayu )



iiSituasi negeri Pahang - peperangan berlaku antara orang Melayudengan
orang Inggeris sebelum Pahang jatuh ke tangan mereka. Ramaipahlawan
Melayu terkorban .



iii. Pewaris kerajaan negeri Pahang lari ke hutan hingga sampai ke gunung Tahan.





BAB 2



Kedatangan dua orang putih ke Tanah Melayu untuk mencari tempat peranginan orang Inggeris ketika datang ke Tanah Melayu.

(Apakah ganjaran yang akan diperoleh sekiranya mereka berjaya mendapatkan puncak gunung Tahan?)



i. Tuan Robert dan Tuan William terpisah – Tuan.Robert ditawan oleh orang Sakai ketika keluar mengambil gambar di dalam hutan.



(Bagaimana Tuan William mengetahui bahawa Rober telah diculik oleh orang Sakai?)






BAB 3



i.Situasi Tuan.Robert ditawan oleh masyarakat Sakai. Di perkampungan orang Sakai, Robert dikawal ketat secara bergilir-gilir.



ii.Dilantik sebagai Datuk Batin Putih – bertujuan agar Robert
tinggalbersama mereka untuk memajukan kehidupan masyarakat Sakai..



(Adakah Robert gembira dengan pelantikan tersebut dan mengapa? )







BAB 4



i.Pertemuan Robert dengan perempuan tua di pondok perempuan tua. Asal-usul perempuan tua diceritakan kepada Robert .



(Bagaimana perempuan tua boleh berada bersama masyarakat Sakai?)



– berasal dari Kampung Marhum, Pekan ,Pahang. Suaminya mati
dalamperjuangan menentang orang Inggeris – melarikan diri ke dalam
hutan.Ditinggalkan oleh rakan-rakan ketika sedang sarat
mengandung laludibantu oleh orang-orang Sakai.



ii.Tuan.Robert berusaha memujuk perempuan tua agar menjual
kulitharimau, taring dan kuku harimau putih kepadanya untuk dibawa
balik keEngland.



(Apakah tujuan Robert berbuat demikian dan kesannya kepada perempuan tua)






BAB 5



I. Tuan Robert dikenakan cenuai oleh perempuan tua akibat
menghinaajaran Islam dan merendah-rendahkan orang Melayu dan
orangSakai.Akibatnya, Robert tergila-gilakan gadis Sakai.



iii.Watak Robert dimatikan dalam usaha cuba mendapatkan gadis Sakai tersebut (jatuh dari pohon kelapa.)



BAB 6



i.Pengembaraan Tuan William seorang diri setelah terpisah dengan Robert.



ii.Tuan William bertemu dengan Kusina(orang Bunian) iaitu pengiring Ratu Bongsu yang tinggal di puncak gunung Tahan.



iii.Kusina membawa William bertemu dengan Ratu Bongsu. William gembira kerana hajatnya untuk ke puncak gunung Tahan tercapai.



BAB 7



i.Tuan William menghadap Ratu Bongsu.Tuan.William menceritakan
tujuankedatangannya iaitu ingin mendapatkan puncak gunung Tahan di
sampingmenyiasat keelokan tanah, tumbuhan dan haiwan di puncak tersebut.



ii.Keengganan Ratu Bongsu untuk menyerahkan puncak gunung Tahan kepada orang Inggeris.



Tuan William memujuk Ratu Bongsu agar menyerahkan puncak
GunungTahan kepada orang Inggeris. Tuan William memuji bagaimana
bangsanyatelah memajukan negeri-negeri sekitar gunung Tahan.



(Apakah ganjaran yang akan diperoleh oleh Ratu Bongsu sekiranya
bagindamenyerahkan puncak gunung Tahan tersebut kepada orang Inggeris?)





]BAB 8



i.Tuan William meminjam teropong terus milik Ratu Bongsu .



(Apakah yang dilihat oleh William melalui teropong ajaib itu?)




-kecurangan isterinya

-sikap orang Melayu yang terpengaruh dengan cara hidup
barat. –Masjidtelah dijadikan pusat tari-menari yang dimiliki oleh
Haji Adam dandikenali sebagai rumah Penglipur Lara.

-Pergaulan bebas lelaki dan wanita, sehingga ada yang mengandung tanpa suami.

-Orang Melayu masuk Kristian – terdapat di gereja.



BAB 9



i.Tuan William meminjam’ beringin bercakap’ daripada Ratu Bongsu dan mendengar perbualan isterinya dengan teman lelakinya itu.



ii.Tuan William meminjam “burung pesuruh jaya” untuk menghantar surat kepada isterinya .

Surat dihantar kepada ketuanya di London untuk memberitahu
keindahanpuncak gunung Tahan yang begitu cantik dan berharga tetapi
sukardiperoleh.William mencadangkan agar puncak gunung itu ditawan
dengancara kekerasan iaitu menggunakan bahan letupan dan menyerang
dengan duabuah kapal terbang.







BAB 10



I.Ratu Bongsu mengetahui niat jahat Tuan William.



ii.Menggunakan tipu helah dan mengurung Tuan William ke dalam
bilikkhazanah. Tuan William turut terkorban dalam serangan kapal
terbang.

Rakyat diperintah agar berlindung.



iii.Dua buah kapal terbang menyerang.Semua penumpang terkorban kecuali isteri William (Mem William)tercedera.

Ratu Bongsu menyelamatkan Mem William.



BAB 11



i.Ratu Bongsu jatuh cinta terhadap Mem William pada pandangan pertama.

ii.Selepas tiga tahun berada di puncak gunung Tahan, barulah Mem William membalas cinta Ratu Bongsu tersebut.
Giraffe
Giraffe
校长
校长

帖子数 : 542
学分 1018
来自 : johor
注册日期 : 09-07-22
年龄 : 32

http://thestudents.forumotion.com

返回页首 向下

Novel Putera Gunung Tahan Empty 回复: Novel Putera Gunung Tahan

帖子 由 Giraffe 周四 七月 23, 2009 3:48 am

Tema dan Persoalan Novel Putera Gunung Tahan
TEMA



Novel ini memaparkan semangat cinta akan tanah air atau
semangatkebangsaan atau semangat perjuangan mempertahankan tanah air
daripadacengkaman penjajah . Pengarang berharap, melalui penghasilan
karya ini, dapat menyedarkan masyarakat tentang tanggungjawab sebenar
dalamusaha mempertahankan tanah air daripada dijajah oleh bangsa asing .

Semangat cinta akan tanah air ini dapat dilihat menerusi
watak-watakyang ditonjolkan oleh pengarang dalam novel ini sama ada
melalui watakutama , ataupun watak- watak sampingan.

Contoh:

1. Melalui watak utama iaitu Ratu Bongsu, yang enggan
menyerahkanpuncak gunung Tahan kepada orang Inggeris walaupun ditawar
denganbeberapa ganjaran yang menarik dan lumayan. Ratu Bongsu dan
Kusina(pengikutnya) sama-sama berusaha mempertahankan puncak gunung
tersebutdaripada ditawan oleh orang Inggeris.

2. Pengarang memaparkan sikap benci dan antiInggeris
denganmempermainkan dan memperbodohkan watak Tuan William dan
TuanRobert _ (Talui nama-nama pejuang Melayu yang disebut oleh
pengarangdalam novel ini iaitu auan Robert tergila-gilakan perempuan
Sakai danakhirnya mati terjatuh dari pokok kelapa.

3. Pengarang mendedahkan sikap buruk penjajah melaui watak
TuanWilliam dan Tuan Robert yang tamak, bongkak dan memandang
rendahterhadap orang Melayu.

4. Pengarang juga menyebut tentang perjuangan
pahlawan-pahlawanMelayu seperti Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Tuk Gajah
dalam usaha untukmenentang penjajahan Inggeris di Tanah Melayu.



(Pelajar-pelajar, sila bincangkan lebih lanjut tema ini dengan guru masing-masing )





PERSOALAN



1.Pengaruh barat yang membawa kesan buruk kepada masyarakat.



(Orang Melayu bergaul bebas lelaki dan perempuan sehingga ada yang mengandung tanpa nikah.



2.Pendirian tegas dan tidak mementingkan diri sendiri.



(Perempuan tua dan Ratu Bongsu tidak terpengaruh dengan kekayaan
yangditawarkan oleh orang Inggeris sebagai ganjaran penukaran hak
milikgunung Tahan kepada orang Inggeris)



3. Persoalan tentang sikap bongkak dan tamak orang Inggeris yang akhirnya membawa padah kepada diri sendiri.



(Sikap Tuan Robert dan Tuan William yang tamak dan bercakap angkuhiaitu
membangga-banggakan bangsanya tetapi merendah-rendahkan bangsaMelayu
menyebabkan mereka terkorban .Hasrat untuk mendapatkan puncakgunung
Tahan akhirnya gagal.)
Giraffe
Giraffe
校长
校长

帖子数 : 542
学分 1018
来自 : johor
注册日期 : 09-07-22
年龄 : 32

http://thestudents.forumotion.com

返回页首 向下

返回页首


 
您在这个论坛的权限:
不能在这个论坛回复主题