STPM :: SPM 考生论坛
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Novel Di Hadapan Pulau

向下

Novel Di Hadapan Pulau Empty Novel Di Hadapan Pulau

帖子 由 Giraffe 周四 七月 23, 2009 3:49 am

Synopsis Novel Di Hadapan Pulau

Bab 1.


Aziz termenung di tepi laut. Dia terkenangkan ayahnya yang
telahmeninggal dunia dua bulan yang lalu dan ibu yang telah
meninggalkannya.Dia juga tidak pernah melihat adiknya. Aziz tinggal
dengan Mak Ciknya,Joyah. Aziz melihat pulau. Hatinya ingin pergi ke
pulau tersebut. TukMarzuki telah berjanji untuk membawanya ke pulau
tersebut tetapijanjinya masih belum ditunaikan.. Aziz menangis apabila
terkenangkanayahnya sambil berlari di pantai. Afidah membuat air kopi
untukdatuknya, Tuk Marzuki. Tuk Marzuki sedih melihat cucunya
menderitakerana penceraian kedua ibu bapanya.

Bab 2.

Ketika menunggu kedatangan rakan, Raihan memerhatikan kem
tenteraAustralia. Raihan teringatkan rakannya Ridwan telah ke San
Franciscodan Rahim pula telah keTokyo. Lamunan Raihan terganggu
dengankedatangan rakannya Zubir. Zubir menyatakan perang telah meletus
tetapibelum melanda tanah air mereka. Mereka berbincang menjadi
nelayantetapi mereka tidak dibenarkan ke laut kerana takut terkena
bom.Tambahan pula perang sudah bermula. Syed Fikri singgah di kedai
sambilmemerhatikan Aziz, Lazim dan Razip yang sedang bermain. Aziz
danrakan-rakan bersalaman dan mencium tangan Syed Fikri apabila
merekadihampiri Syed Fikri. Syed Fikri berasa sedih kerana Aziz dalam
usiamuda sudah yatim piatu. Syed Fikri menasihati Aziz dan
rakan-rakansupaya jangan tinggal sembahyang. Masimah dan Basir datang
membawaberita peperangan telah meletus.

Bab 3.

Penduduk kampung dilarang memasang lampu pada waktu malam. Setelah
limamalam barulah Joyah dapat menyesuaikan diri dengan suasana gelap.
Padamalam keenam, Bidin suami Joyah balik ke rumah dengan keadaan
mabuk.Kesulitan mendapat makanan mula dirasai penduduk kampung. Ramai
yangmembeli dan mula menyimpan makanan. Aziz teringat pesanan
gurunyasupaya berjimat cermat, jangan memasang lampu dan masuk ke
shelterapabila seren dibunyikan. Tentera mengadakan sekatan di jambatan
dikampung Aziz. Beras naik harga dan sukar diperoleh. Siren
kecemasansering dibunyikan bagi melatih penduduk menyelamatkan diri.
Tuk Marzukidan Dorani pergi ke Merlimau untuk mendapatkan beras dan
gula. Raihandan Zubir pula mencari kerja di kem tentara. Aziz dan
Afidahberbual-bual tentang perang. Aziz susah hati kerana Mak Cik Joyah
sudahkehilangan pekerjaan.

Bab 4.

Peperangan semakin hampir. Kebimbangan mula meresapi jiwa
penduduk.SyedFikri teringat sepupunya Syed Zuhri yang suka menipu orang
ketikaberniaga dan berkahwin banyak tetapi tidak bertanggungjawab. Syed
Fikriberazam terus beramal dan membimbing masyarakat ke jalan Allah.
Diaingin memberi pendidikan rohani kepada anak-anak yang diabaikan
olehibu bapa mereka. Dia merancang ingin bercucuk tanam kerana
perniagaanminyak atar dan batu akik tidak dapat sambutan dalam waktu
peperangan.Pak Cik Budin Balik dalam keadaan mabuk lauu memukul Joyah,
isterinya.Aziz sedih dengan sikap Pak Ciknya. Aziz teringat ayahnya
yangpenyayang dan berpesan supaya dirinya berusaha untuk hidup. Aziz
kerumah Syed Fikri pada awal pagi. Syed Fikri sedang mencangkul
tanahuntuk bercucuk tanam.

Bab 5.

Pihak tentera sibuk memperkemas kubu pertahanan. Kem
tenteradilingkarkan dengan kawat duri dan ditimbunkan dengan kampit
pasirsebagai tempat berlindung. Aziz dan Afidah menunggu Tuk Marzuki
pulangdari Merlimau. Afidah tinggal sementara dengan Mak Ketong. Aziz
dudukdi bangku hadapan gerai yang sudah ditutup. Aziz merasakan bahawa
diaperlu bekerja untuk menolong Mak Ciknya yang tidak bekerja. Raihan
danZubir pula bimbang kerana masih tidak mempunyai pekerjaan.
Afidahbimbangkan datuknya yang masih belum pulang lagi. Penduduk
kampung mulabersesak di dalam shelter kerana mencari perlindungan.

Bab 6.

Sudah hampir tiga jam penduduk berlindung di dalam shelter tetapi
masihbelum terdengar bunyi siren untuk membenarkan mereka keluar.
Peperanganbelum meletus tetapi hidup semakin susah. Syed Fikri
merasakanpeperangan menyebabkan perniagaannya terjejas dan kegiatan
berdakwahjuga terjejas. Tiba-tiba orang di shelter dikejutkan dengan
bunyi bomyang kuat. Aziz dan rakan-rakannya memerhatikan orang ramai
yangberjalan dari arah bandar. Afidah datang memberitahu datuknya
sudahpulang. Syed Fikri menyatakan penduduk bandar sudah mula
berpindah. Diamenasihati kanak-kanak supaya sentiasa bersama keluarga.
Syed Fikriberbincang dengan Dorani untuk membuka kelas agama di
madrasah yangsudah terbiar. Taksiah pula mengajak Joyah bekerja di kem
askar keranaseorang askar bernama Rahmat sudah mendapatkan pekerjaan
untuk Joyah.

Bab 7.

Siren amaran semakin kerap berbunyi. Penduduk banyak menghabiskan
masadi dalam shelter. Mak Ketong tidak mahu tinggal di dalam shelter
keranabeliau berpendapat di mana-mana pun manusia akan mati. Beras
yangdibawa dari Merlimau telah habis. Dia ingin mencari beras
bersama-samaDorani di kem askar. Tuk Marzuki terkenang semula akan
kepulangannya keMerlimau bukan sahaja untuk mencari beras tetapi mahu
menyerahkanAfidah kepada Mustaffa. Malangnya Mustaffa telah berpindah
danmeninggalkan Rukiah adiknya dalam keadaan nyanyuk. Kenengannya
terhadapkampung asalnya Merlimau terhenti apabila Afidah membawakan air
kopiuntuknya. Seterusnya, shelter Tuk Marzuki kena bom. Afidah
berlarisambil menangis dikuti Aziz dan orang-orang kampung. Dalam
keadaancedera parah Tuk Marzuki berpesan kepada Afidah supaya mencari
Pak CikMustaffa dan Mak Cik Rukiah. Selepas itu Tuk Marzuki meninggal
dunia.Afidah menziarah kubur datuknya pada awal pagi.Dia menangis dan
Azizyang berada bersama-sama dengannya turut menangis. Lazim turut
beradadi kubur dan mempelawa Afidah tinggal bersama-sama dengan
kakaknya WanRohani atau tinggal di rumah Mak Ketong dan Mak Cik Joyah.

Bab 8.

Kem askar dibom dan penduduk mula berlindung di kawasan bukit.
TenteraJepun semakin hampir. Selepas menolong Syed Fikri berkebun
Azizmenemani Afidah ke kubur datuknya. Afidah terkenangkan datuk
Marzukiyang susah payah memeliharanya serta teringatkan ayah
meninggalkanrumah setelah bergaduh dengan ibunya. Afidah teringatkan
dia dipeliharaoleh Pak Cik Mustaffa dan Mak Cik Rukiah selama dua
tahun. Selepas itubaru dia dibawa oleh Tuk Marzuki ke Singapura. Aziz
dan Afidah berlarike shelter apabila siren dibunyikan. Kapal terbang
Jepun menggugurkankertas supaya penduduk kampung bekerjasama dengan
Jepun untukmembebaskan Asia daripada penjajahan. Selepas itu bom
digugurkanbertalu-talu.

Bab 9.

Askar Jepun berjaya menumpaskan askar British dan mereka mengambil
alihkem tentera British. Askar Jepun mengarahkan semua penduduk
berkumpuldi kem tentera. Orang lelaki diminta membersihkan kem dan
menanam mayatdalam lubang besar. Orang dewasa dipaksa menjadi buruh.
Mereka yangmelawan mati ditembak. Wanita dan kanak-kanak hanya mampu
untukmenangis sahaja. Fikiran Joyah bertambah kusut apabila suaminya
tidakpulang-pulang. Aziz ke rumah Syed Fikri juga tidak pulang. Mereka
yanglain ditahan oleh tentera Jepun.

Aziz memicit badan Syed Fikri yang sakit-sakit setekah membersihkan
kemJepun. Aziz pulang ke rumah meninggalkan Syed Fikri. Soejono
masihditahan oleh tentera Jepun. Pagi esoknya, Aziz pergi ke rumah
SyedFikri. Syed Fikri masih tidur. Afidah menjual jam pusaka Tuk
Marzuki.Syed Fikri menyuruh Aziz dan Afidah pulang kerana askar-askar
Jepunsedang meronda.

Bab 10.

Taksiah masih ditahan tentera Jepun manakala Wan Rohani dan
Rosiahdibebaskan. Ramai yang ingin tahu perkara yang berlaku kepada
Rosssiahdan Wan Rohani tetapi kedua-duanya enggan menceritakan
pengalaman yangamat menakutkan. Pada malam itu Dorani pulang setelah
ditahan tenteraJepun selama lima hari. Dorani teringat anaknya Mohideen
yang setiapbulan mengirim wang kepadanya tetapi Mohideen takutkan
isterinya,Kunimah. Dorani teringat masa mudanya ketika menjadi nelayan
selama duatahun serta menjadi kelasi kapal dan merantau ke seluruh
dunia. Sakitjantung yang dihadapinya menyebabkan dia pulang ke kampung.

Bab 11.

Kehidupan zaman Jepun semakin perit. Ramai yang mati kelaparan.
Oranglelaki terpaksa bekerja untuk Jepun. Mak Ketong tidak mampu
lagimemberi makan kepada Aziz dan Afidah. Mak Ketong menyuruh
merekamencari makanan sendiri. Aziz mengajak Afidah mencari makanan di
kemaskar tetapi Afidah tidak mahu. Kemudian Aziz mengajak Afidah
mencarimakanan di kuburan lama. Di kuburan iaitu di belakang sebuah
bukit Azizterserempak dengan Rosiah bersama dengan seorang lelaki.
Rosiah memberiAziz makanan dan berpesan supaya Aziz tidak menceritakan
halnya kepadasesiapa. Afidah gembira melihat Aziz membawa makanan.
Afidah mengajakAziz mengambil lagi makanan tetapi Aziz enggan. Aziz
merasa hairandengan kelakuan Rosiah sedangkan Rosiah terkenal sebagai
gadis yangbersopan dan alim. Aziz dan Afidah pergi ke kedai todi
mengambil upahmembelikan todi untuk mereka yang mengupahnya.

Bab 12.

Aziz dan Afidah pergi ke barat pantai kerana khabarnya makanan
tertanamdi situ.Mereka tidak menemui makanan tetapi menemui Kapten
Hebat(Mahmud) yang sedang menangis. Lutut Kapten Hebat tokak dan
berdarah.Kapten Hebat menunjukkan bangkai Mokmeng setelah sebelah
tangan dankakinya dimakan olehnya. Malam itu Mak Ketong duduk bersama
Aziz danAfidah. Keadaan hidup semakin susah. Penyakit semakin
berleluasa keranapenduduk kekurangan zat makanan. Ramai orang yang mati
kebuluran.Afidah mengajak Aziz bercucuk tanam dan Mak Ketong pula
mengajak merekaberpindah. Orang ramai menjadi kelam kabut. Bunyi kapal
terbang semakindekat dan diikuti pula bunyi tembakan meriam. Mak
Ketong, Aziz danAfidah duduk diam dan bahaya sentiasa menanti mereka.
Giraffe
Giraffe
校长
校长

帖子数 : 542
学分 1018
来自 : johor
注册日期 : 09-07-22
年龄 : 32

http://thestudents.forumotion.com

返回页首 向下

返回页首


 
您在这个论坛的权限:
不能在这个论坛回复主题