DEFINISI nilai
第1页/共1页
DEFINISI nilai
DEFINISI
Bidang1: Perkembangan Diri
Kepercayaan kepada Tuhan
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala
suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan
prinsip Rukun Negara .
Amanah
Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain .
Harga Diri
Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memuliakan dan menjaga maruah diri dalam kehidupan .
Bertanggungjawab
Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna .
Hemah Tinggi
Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian .
Toleransi
Kesanggupan bertolak ansur , sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan
berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan
hidup .
Berdikari
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain .
Kerajinan
Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan , kecekalan ,
kegigihan , dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.
Kasih Sayang
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas .
Keadilan
Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah .
Rasional
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar .
Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama
ada dalam pemikiran , pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan
kepentingan diri dan orang lain .
Bidang 2: Kekeluargaan
Kasih Sayang terhadap Keluarga
Perasaan cinta , kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga .
Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga
Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi
layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni .
Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan
Menerima , menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan , adat dan
kepercayaan yang diwarisi secara turun – temurun dalam keluarga .
Tanggungjawab terhadap Keluarga
Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap
keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia , meningkatkan imej dan
menjaga maruah keluarga .
Bidang 3: Alam Sekitar
Menyayangi dan Menghargai Alam Sekitar
Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem .
Keharmonian antara Manusia dengan Alam Sekitar
Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan
alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling
terpelihara .
Kemapanan Alam Sekitar
Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup .
Peka terhadap Isu- isu Alam Sekitar
Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya .
Bidang 4: Patriotisme
Cinta akan Negara
Perasaan sayang dan bangga akan negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri .
Taat Setia kepada Raja dan Negara
Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada Raja dan Negara .
Sanggup Berkorban untuk Negara
Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk negara .
Bidang 5: Hak Asasi Manusia
Melindungi Hak Kanak-kanak
Membela , memberi naungan dan memelihara hak kanak – kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna .
Menghormati Hak Wanita
Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi
sumbangan dalam pembangunan keluarga , masyarakat dan negara .
Melindungi Hak Pekerja
Menghormati , menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan , jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara .
Menghormati Hak Golongan Kurang Berupaya
Memberi layanan yang sopan kepada golongan kurang berupaya supaya tidak
berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan
Melindungi Hak Pengguna
Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu
, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah
dieksploitasi .
Bidang 6: Demokrasi
Mematuhi Peraturan dan Undang – undang
Menerima dan mematuhi peraturan dan undang –undang yang telah
ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada .
Kebebasan Bersuara
Kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman .
Kebebasan Beragama
Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia .
Penglibatan diri dalam Pembangunan Negara
Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan
negara dengan mematuhi peraturan , undang – undang dan Perlembagaan
Malaysia .
Sikap Keterbukaan
Bersedia memberi dan menerima pandangan , pembaharuan dan kritikan
selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia .
Bidang 7: Keamanan dan Keharmonian
Hidup Bersama Secara Aman
Hidup berbaik–baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian
dan keharmonian hidup tanpa mengira agama , bangsa dan budaya.
Saling Membantu dan Bekerjasama
Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat
individu , komuniti atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat .
Saling Menghormati antara Negara
Menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat.

您在这个论坛的权限:
您不能在这个论坛回复主题