STPM :: SPM 考生论坛
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Syair Kelebihan Ilmu

向下

Syair Kelebihan Ilmu Empty Syair Kelebihan Ilmu

帖子 由 Giraffe 周四 七月 23, 2009 3:50 am

MAKSUD


1. Rangkap 1 - Ilmu sangat bermanfaat kerana dapat menjadi panduanhidup
memperoleh ilmu ,sepanjang hayat ilmu itu dapat dimanfaat.

2. Rangkap2 - Ketinggian nilai ilmu tidak dapat ditukarkan
walaupundengan sebuah dunia, faedah ilmu tidak terhad dan boleh
dimanfaatkan dimana-mana saja.

3. Rangkap 3 - llmu menjadi penghias dari bagi seseorang
,menjadisahabat ,dan menjadi teman yang memberikan panduan semasa
mengembara.Dalam masyarakat,ilmulah yang membezakan seseorang daripada
yang lain .

4. Rangkap 4 - Ilmu dapat menghiburkan hati yang sedih,
membantuseseorang memahami sesuatu perkara dengan jelas,dan digunakan
selepasseseorang itu mati atau menjadi bekalan di alam kubur. Hidup
menjadilebih bahagia dengan adanya ilmu.

5. Rangkap 5 - Orang yang berilmu akan mendapat ganjaran
pahala.Ilmuyang merangkumi seluruh kehidupan dapat membantu seseorang
mencapaicita-citanya.

6. Rangkap 6 - Ilmu ialah alat yang amat besar faedahnya. Orang
yangbijaksana amat ingin memiliki ilmu. Sesungguhnya bidang ilmu
sangatluas dan tiada batasnya.



ISI DAN PERSOALAN


1. Pentingnya ilmu dalam kehidupan .
2. Besarnya manfaat ilmu kepada seseorang .
3. Luasnya bidang ilmu tiada batasnya .
4. Pentingnya ilmu demi kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat



BENTUK DAN CIRI-CIRI SYAIR


1. Enam rangkap.
2. Empat baris serangkap
3. Semua rangkap adalah maksud
4. Empat hingga enam patah kata sebaris
5. Sembilan hingga dua belas suku kata sebaris



GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI


1. Pemilihan kata (diksi)yang indah .Contohnya, cerah cahaya ,beramal subur.
2. Repitasi . Contohnya, hias senjata si polan si polan.
3. Perlambagan. Contohnya , kandil (bekalan)
4. Pengulangan kata sendi. Contohnya, di laut, di darat, di rimba, di pekan
5. Anafora . Contohnya , Ia penerang jalan ke syurga ;Ia pemuas tekak yang dahaga
6. Bahasa kiasan. Contohnya , Ialah sungai ialah telaga, laut yang luas ialah juga.
7. Asonansi. Contohnya , Ia pemuas tekak yang dahaga (pengulangan vokal "a")
8. Aliterasi. Contohnya , sebuah dunia belinya bukan (pengulangan konsonan vokal "b")



NILAI


1. Kerajinan. Contohnya, rajin menuntut ilmu supaya dapat menjadi panduan dalam kehidupan
2. Kegigihan. Contohnya berusaha dan gigih menuntut ilmu.



PENGAJARAN


1. Kita hendaklah menuntut ilmu kerana ilmu amat berguna sama ada semasa kita hidup atau pun selepas kita mati
2. Kita hendaklah menghargai ilmu kerana ilmu amat tinggi martabatnya
3. Kita hendaklah menggunakan ilmu untuk mencapai cita-cita.
Giraffe
Giraffe
校长
校长

帖子数 : 542
学分 1018
来自 : johor
注册日期 : 09-07-22
年龄 : 32

http://thestudents.forumotion.com

返回页首 向下

返回页首


 
您在这个论坛的权限:
不能在这个论坛回复主题