STPM :: SPM 考生论坛
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

ANALISIS KESALAHAN BAHASA : KATE PEMERI

向下

ANALISIS KESALAHAN BAHASA : KATE PEMERI Empty ANALISIS KESALAHAN BAHASA : KATE PEMERI

帖子 由 言言 周日 七月 26, 2009 10:39 am

Para pelajar dan guru-guru sekalian, tahukah anda semua bahawa
kesalahan kata pemeri selalu ditanya dalam STPM bagi soalan Bahagian D.
Walau bagaimanapun, saya masih kecewa kerana banyak pelajar yang tak
tahu apa itu kata pemeri dan gagal membetulkan serta memberikan sebab
kesalahan bagi kesalahan tersebut. Hal ini amat mendukacitakan. Jadi di
sini sukacita saya beritahu bahawa kata pemeri hanya ada dua sahaja
iaitu:

1. ialah
2. adalah

Kesalahan : ialah
Pembetulan : adalah
Sebab kesalahan : Kata pemeri ialah hanya digunakan di hadapan frasa
nama sahaja. Jadi, ayat ini hanya sesuai menggunakan kata pemeri
"adalah" kerana perkataan selepas itu ialah kata adjektif atau kata
sendi nama.



Kesalahan : adalah
Pembetulan : ialah
Sebab kesalahan : kata pemeri "adalah" hanya digunakan di hadapan kata
adjektif atau kata sendi nama. Jadi, ayat ini hanya sesuai mengunakan
kata pemeri "ialah" kerana perkataan selepas itu ialah kata nama.


Pesanan saya : Pelajar harus tahu mengesan, membetulkan dan memberikan
sebab kesalahan bagi kesalahan mudah seperti ini. Guru pula harus tahu
mengajar dan tetapkan satu jawapan yang lengkap tentang kesalahan
seperti ini. Jangan selalu ubah jawapan berdasarkan buku yang
digunakan. Jika situasi ini berlaku pelajar akan keliru sebab sekejap
cikgu suruh betulkan macam ini, sekejap lagi suruh betulkan macam itu.
Akhirnya, pelajar yang rugi....
言言
言言

帖子数 : 89
学分 168
来自 : malaysia
注册日期 : 09-07-25
年龄 : 28

返回页首 向下

返回页首


 
您在这个论坛的权限:
不能在这个论坛回复主题