STPM :: SPM 考生论坛
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

PELANCONGAN PERUBATAN

向下

PELANCONGAN PERUBATAN Empty PELANCONGAN PERUBATAN

帖子 由 言言 周日 七月 26, 2009 10:44 am

Menyuburkan industri pelancongan perubatan Malaysia

TERDAPAT sesuatu yang cukup istimewa dalam laporan khas yang ditonton
oleh penulis melalui sebuah stesen televisyen di kota Melbourne
baru-baru ini. Dalam rancangan Today Tonight yang mendapat rating
penonton yang cukup tinggi telah memaparkan tentang pengalaman manis
beberapa warga Australia yang melalui apa yang dikatakan sebagai
'Pelancongan Perubatan' (Medical Tourism) di Malaysia. Malaysia
digambarkan sebagai destinasi pilihan selain beberapa negara lain di
Asia untuk 'berubat sambil melancong.' Memetik kata-kata seorang
responden dalam laporan berita ini iaitu Lynda Clifford, warga
Australia berusia 48 tahun, pe- ngalamannya di Kuala Lumpur baru- baru
ini digambarkan sebagai 'sambil menyelam minum air' kerana dia melalui
sesi-sesi rawatan 'fizikal, emosi dan spiritual.'

Lynda telah berjaya melalui pembedahan wajahnya yang diseliakan oleh
Dr. Nasir Zahari seorang doktor Melayu tempatan, di sebuah hospital
swasta di Kuala Lumpur. Dia diberikan juga rawatan bersifat kaunseling
bagi memberikan keyakinan kepada dirinya sebelum dan selepas sesi
pembedahan. Dalam masa yang sama, Lynda turut berkesempatan melancong
di lokasi-lokasi menarik di sekitar tanah air kita selepas menjalani
pembedahannya itu. Begitu juga dengan pengalaman Rosie Bates, 34
tahun, yang melalui pembedahan perut dan liposuction di sebuah pusat
perubatan swasta di ibu negara. Rosie mengakui bahawa dia mendapat
layanan 'lima bintang' sepanjang berada di Malaysia dan bersyukur
kerana di samping ke- jayaan pembedahannya, dia dan suami da- pat
menghabiskan masa melancong pada kos yang dianggap sangat berpatutan.

Kisah Lynda dan Rosie ini adalah sebahagian daripada ribuan rakyat
Australia bahkan kebanyakan negara maju yang lain, yang mengiktiraf
akan kemampuan dan kepakaran pengamal perubatan dan teknologi perubatan
di Malaysia yang setanding dengan apa yang ada di negara mereka
sendiri. Tambahan lagi bahawa kos yang perlu dikeluarkan untuk
'menyelamatkan nyawa dan maruah' atau 'mencantikkan tubuh badan' adalah
begitu murah jika dibandingkan dengan rawatan di negara mereka sendiri.
Apatah lagi jika kos yang di- kenakan adalah turut merangkumi pakej
percutian yang cukup hebat kerana Malaysia memang terkenal memiliki
sebegitu banyak tempat-tempat menarik. Melalui laman web www.malaysiahealthcare.com,
dinyatakan bahawa terdapat beberapa pusat perubatan dan hospital swasta
dan kerajaan yang menyediakan pakej-pakej tertentu dalam 'percutian
perubatan.' Beberapa jenis rawatan perubatan yang popular kepada
kalangan 'pelancong perubatan' juga disenaraikan termasuklah rawatan
kardiologi, ortopediks, pergigian, pembedahan kosmetik sehinggalah
kepada prosedur pembedahan minor.

Menurut Dr. Norman seorang pakar perubatan tempatan Australia dalam
temu bual berita Today Tonight ini, kos keseluruhan untuk menikmati
satu-satu pakej pelancongan perubatan ini secara puratanya adalah satu
pertiga daripada kos yang terpaksa ditanggung di Australia. Dalam kes
Lynda, dia hanya mengeluarkan belanja AUD11,600 (kira-kira RM35,000)
untuk pembedahan sekali gus percutian di Malaysia berbanding AUD20,000
(RM60,000) hanya untuk kos pembedahan. Ini jelas menunjukkan Malaysia
sememangnya telah berjaya memahatkan namanya sebagai salah satu hub
pelancongan perubatan yang bertaraf dunia. Berdasarkan statistik yang
dikeluarkan oleh Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) terdapat
peningkatan positif dalam jumlah pelancong asing yang mendapatkan
rawatan kesihatan di Malaysia iaitu seramai 296,687 orang pada tahun
2006 berbanding 75,210 sahaja pa- da tahun 2001. Ini merupakan satu
perkembangan positif dalam industri pelancongan perubatan ini yang mana
ia dikatakan telah berjaya menjana pulangan kewangan sebanyak RM203.66
juta sehingga tahun 2006 yang lalu.

Apabila cerita tentang kualiti perubatan di Malaysia diuar-uarkan dalam
media massa antarabangsa misalnya seperti di Melbourne, ia jelas
menunjukkan bahawa masyarakat dunia telah membuka 'mata hati' untuk
tidak terlalu berideologikan tanggapan bahawa hanya negara maju yang
pakar dalam dunia perubatan. Kita tentunya tidak mahu mendengar
komen-komen negatif daripada pihak luar yang mengatakan bahawa sektor
pelancongan perubatan di Malaysia adalah merugikan bahkan mengancam
nyawa pelancong yang mengikuti satu-satu proses rawatan di
sini. Sebagai mana yang ditegaskan dalam laporan Today Tonight, 59
peratus pelancong perubatan warga Australia terpaksa mendapatkan
rawatan semula di negara sendiri kerana kegagalan pembedahan yang
dilakukan di negara luar. Untuk itu pihak-pihak yang terlibat harus
membuktikan bahawa negara kita benar-benar berupaya memberikan rawatan
yang bertaraf antarabangsa kepada para pelancong.


Khairunneezam Mohd. Noor La Trobe University, Melbourne, Australia.
言言
言言

帖子数 : 89
学分 168
来自 : malaysia
注册日期 : 09-07-25
年龄 : 29

返回页首 向下

返回页首


 
您在这个论坛的权限:
不能在这个论坛回复主题