STPM :: SPM 考生论坛
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Tukang Gunting

向下

Tukang Gunting Empty Tukang Gunting

帖子 由 Giraffe 周四 七月 23, 2009 3:53 am

MAKSUD


* Seorang lelaki mencari rezeki sebagai tukang gunting di bawah sebatang pokok semarak api.
* Peralatan kerjanya hanyalah sebilah gunting , sikat rongak ,cermin sompek dan sebuah bangku berkaki tiga .
* Tukang gunting itu sentiasa bekerja dengan bersemangat.Semasamenunggu
kedatangan pelanggan ,dia kerap terkenang akan zaman remajanyayang
telah berlalu di samping memikirkan rancangan masa depannya .
* Dia akan terus mencari rezeki di situ untuk menanggung seorang isteri dan empat orang anaknya .



TEMA


* Kegigihan golongan bawahan mencari rezeki yang halal demi kelangsungan hidup.



PERSOALAN



1. Suami dan ayah yang bertanggungjawab terhadap keluarganya.
2. Kesabaran dalam menjalani kehidupan yang penuh pancaroba .
3. Keyakinan untuk menghadapi masa hadapan dengan pekerjaan sebagai tukang gunting .



BENTUK



1. Lima rangkap.
2. Lima dan enam baris serangkap .
3. Tiga hingga lima patah kata sebaris.
4. Tiga hingga sepuluh suku kata sebaris.



GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI


1. Asonansi - Contohnya: di lumpur sungai manusia ( pengulangan vokal "u")
2. Aliterasi - Contohnya: ia ukir nafkah keluarganya ( pengulangan konsonan "k")
3. Anafora (pergulangan di awal baris ) - Contohnya :di tebing lalu lalang ; di lumpur sungai manusia
4. Metafora - Contohnya : sungai manusia , perahu hidup .
5. Simile - Contohnya : seperti semarak api, begitulah semarak hatinya .
6. Personifikasi - Contohnya : menyikat remajanya, merapikan tuanya.



NILAI


1. Kasih sayang .
Contohnya, tukang gunting sangat sayang akan keluarganya hingga
sanggupdia berusaha gigih mencari rezeki untuk menanggung kehidupan
mereka.
2. Kerajinan .
Contohnya, tukang gunting bekerja setiap hari walupun pendapatan tidak lumayan
3. Ketabahan .
Contohnya, tukang gunting tabah menhadapi pelbagai kesusahan hidup kerana pendapatan tidak tetap
4. Berdikari.
Contohnya, berusaha sendiri mencari nafkah dengan menjadi tukang gunting


PENGAJARAN


1. Kita mestilah berusaha mencari rezeki dengan melakukan apa -
apasahaja pekerjaan yang halal walaupun pekerjaan itu mungkin di
pandangrendah oleh orang lain.
2. Kita mestilah melakukan pekerjaan dengan ikhlas dan rajin
keranarezeki daripada kerja yang ikhlas akan diberkati oleh Allah s.w.t.
3. Kita hendaklah bertanggungjawab sebagai ketua keluarga
denganberusaha untuk mencari rezeki bagi menampung perbelanjaan isteri
dananak -anak.
Giraffe
Giraffe
校长
校长

帖子数 : 542
学分 1018
来自 : johor
注册日期 : 09-07-22
年龄 : 32

http://thestudents.forumotion.com

返回页首 向下

返回页首


 
您在这个论坛的权限:
不能在这个论坛回复主题