STPM :: SPM 考生论坛
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Variasi Bahasa

向下

Variasi Bahasa Empty Variasi Bahasa

帖子 由 言言 周日 七月 26, 2009 10:47 am

Berikut adalah beberapa istilah yang mewujudkan variasi atau kepelbagaian bahasa Melayu.
Variasi bahasa Kepelbahagaian bahasa yang ditentukan oleh
faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa.
Dialek Merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu
masih difahami oleh oleh pengguna dalams esuatau masyarakat bahasa
walaupun ada pembahagian geografi . Variasi bahasa ii dikenali sebagai
dialek.
Idiolek Variasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu.

merupakan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat individu.

Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan lagu sebutan.

Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti kecacatan
atau tabiat penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga.
Dialek kawasan Variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna
dalam sesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun banasa Austronesia,
cabang Nusantara. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa
dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan
sebagainya.

Bahasa Melayu termasuk dalam golongan Sumatera bersama-sama dengan
bahsa Batak, Acheh, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.

Umumnya bahasa Melayu merangkumi Bahasa Malaysia di Malaysia, Bahasa
Indonesia di Indonesia, Bahasa Melayu di Brunei dan Singapura. Walaupun
namanya berbeza, ia merupakan dialek bagi bahasa Melayu.


Dialek sosial Dikaitkan dari segi penggunaan, iaitu bahasa
mungkinberbeza mengikut kumpulan sosial dan situasi yang digunakan.
Misalnya, dalam majlis rasmi, orang akanmenggunakan bahasa-bahasa yang
formal. Varisi-variasi ini yangbrkiatand enan dialek sosial, dikatakan
sebagai dialek sosial.

Oleh itu, bahasa Melayu secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga
jenis variasi, iaitu idiolek, dialek kawasan atau loghat, dialek sosial.



Perhubungan antara ketiga-tiganya dapat digambaran melalui skema rajah yang berikut:

Variasi Bahasa Varias1
Berdasarkan konteks yang umum, pengunaan bahasa dapat dibahagikan kepada bahasa formal dan tak formal.

Contoh bahasa formal - Bahasa Baku dan Bahasa Diraja atau Bahasa Istana.

Contoh bahasa tak formal - Bahasa mesra, bahasa slanga, bahasa basahan,
bahasa pasar, bahasa halus, bahasa kasar, bahasa dialek dan sebagainya.

Bahasa formal dan bahasa tak formal dapat dibezakan dengan
membandingkan ragam bahasa bebas dan bahasa terkawal, dan ragam bahasa
mesra dan bahasa formal.
言言
言言

帖子数 : 89
学分 168
来自 : malaysia
注册日期 : 09-07-25
年龄 : 29

返回页首 向下

Variasi Bahasa Empty 回复: Variasi Bahasa

帖子 由 言言 周日 七月 26, 2009 10:47 am

Ragam Bahasa Bebas dan Bahasa Terkawal



Ragam Bahasa Bebas
Ayat yang tidak gramatis.

Tidak mementingkan aspek sebutan, intonasi, pilihan perkataan, struktur ayat, dan tatabahasa.

Contoh: You ni betullah degil sangat. I dah warning you banyak kali, tapi you masih hendak ke tempat tu.

Bahasa Terkawal
Ayat yang gramatis

Mementingkan aspek-aspek sebutanm intonasi, pilihan perkataan, struktur ayat dan tatabahasa.

Contoh: Awak sangat degil. Saya telah berkali-kali memberi amaran
supaya jangan pergi ke tempat itu, tetapi awak masih hendak ke sana.
言言
言言

帖子数 : 89
学分 168
来自 : malaysia
注册日期 : 09-07-25
年龄 : 29

返回页首 向下

Variasi Bahasa Empty 回复: Variasi Bahasa

帖子 由 言言 周日 七月 26, 2009 10:47 am

Ragam Bahasa Mesra dan Bahasa Formal



Ragam Bahasa Mesra

Menggunakan ragam bahasa bebas, iaitu tidak memeningkan sebutan, intonasi, pilihan kata, nahu dan sebagainya.

Ciri-ciri lain:

a. Penggunaan gelaran yang tidak lengkap
言言
言言

帖子数 : 89
学分 168
来自 : malaysia
注册日期 : 09-07-25
年龄 : 29

返回页首 向下

Variasi Bahasa Empty 回复: Variasi Bahasa

帖子 由 言言 周日 七月 26, 2009 10:48 am

Bahasa Slanga



Bahasa tidak rasmi, tidak baku.

Dianggap lebih rendah tarafnya daripada bahasa standard.

Menggunakan kata-kata remaja seperti brader, pakwe, mengancam, sekeh, boring.



Bahasa Basahan

Juga disebut sebagai bahasa kolokial.

Za'aba menggelar bahasa ini sebagai bahasa cakap mulut.

Merupakan bahasa pertuturan harian dalam konteks tidak rasmi.

Terdapat tiga jenis perbezaan antara bahasa baku dengan bahasa basahan, iaitu:

(a) perkataan berbeza untuk makna yang serupa
Bahasa Baku Bahasa Basahan
mengapa kenapa
bagaimana macam mana
sedang tengah

(b) bentuk kependekan
Bahasa Baku Bahasa Basahan
hendak nak
tidak tak
sudah dah



(c) perubahan bunyi
Bahasa Baku Bahasa Basahan
ambil ambik
kecil kecik
pula pulak

Bahasa Pasar

Bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa bukan Melayu

Pelat penyebutan dipengaruhi oleh pelat bahasa ibunda penutur.

Tidak gramatis dengan mengabaikan hukum DM dan penggunaan penjodoh bilangan.

Contoh: Pengunaan Gua menggantikan saya (ganti diri orang pertama) dan `lu' (ganti diri nama kedua).

Menggunakan banyaks ebagai kata penguat, contoh: banyak cantik.

Kerap menggunakan perkataan `punya' , contoh: dia punya barang, apa punya budak.



Bahasa Halus

Bahasa halus wujud kerana pertimbanag terhadap orang yang dilawan
bertutur. Kedudukan, pangkat, umur dan keakraban orang yang dilawan
bertutur mempengaruhi pemilihan perkataan dan kataganti nama.

Bahasa halus juga ada kalanya digunakan dalam surat menyurat apabila kata-kata yang bersopan digunakan.

Kata ganti nama diri merupakan ciri-ciri yang penting, seperti penggunaan anakanda, ayahanda, adinda, kekanda, bonda dan nenda.

Bahasa kiasan dan peribahasa digunakan dengan meluas untuk menyatakan sesuatu secara halus atau tidak berterus terang.

Contoh: Buang air besar, berbulan madu, berbadan dua.

Berikut diturunkan beberapa contoh:
Bahasa Basahan Bahasa Halus
kencing Buang air kecil
berak Buang air besar
mengandung/bunting Berbadan dua
kubur makam



Bahasa Kasar

Bahasa yang dhamburkan dengan mengikut perasaan. Kata-kata esat ialah
contoh bahasa kasar seperti bangang, bodoh, tak berotak dan sebagainya.

Ada pihak yang mengatakan perkataan jantan dan betina, jika ditujukan kepada manusia juga tergolong dalam bahasa kasar.

Bagaimanapun, kesannya kepada orang lain adalah subjektif, kerana
adakalanya bahasa yang dianggap kasar di kawasan tertentu dianggap
gurauan atau bahasa cakap mulut di kawasan yang lain. Misalnya
perkataan celaka diaggap kesat di Selangor, tetapi dianggap biasa di
Melaka.

Dialek

variasi daripada sesuatu bahasa tertentu dan dituturkan oleh sekumpulan masyarakat bahasa tersebut.

Dialek ditentukan oleh fakor geografi dan sosial.

Dialek berbeza dari segi:

a. Sebutan

Contoh: Perkataan ``air'' disebut dalam pelbagai dialek seperti ayaq, ayo.

b Gaya lagu bahasa

Contoh: Dialek Perak biasanya mempunyai sebutan yang lebih laju daripada Negeri Sembilan.

c. Tatabahasa

Contoh: penggunaaan imbuhan per- dan -kan.

perbesar (dialek Kedah) dan besarkan (dialek Johor).

(d) Kosa kata

Contoh: bewoh (dialek Kelantan bermaksud kenduri)

(e) kata ganti diri

Contoh ambo (dialek Kelantan bermaksud saya)

Hang (dialek utara bermaksud kamu)
言言
言言

帖子数 : 89
学分 168
来自 : malaysia
注册日期 : 09-07-25
年龄 : 29

返回页首 向下

返回页首


 
您在这个论坛的权限:
不能在这个论坛回复主题