STPM :: SPM 考生论坛
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Bunyi Bahasa Melayu

向下

Bunyi Bahasa Melayu Empty Bunyi Bahasa Melayu

帖子 由 言言 周日 七月 26, 2009 10:51 am

Definisi Fonologi



Fonologi ialah kajian mengenai pola bunyi bahasa, iaitu kajian mengenai bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.



Alat-alat sebutan

Bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat sebutan seperti beikut:

Bunyi Bahasa Melayu



Definisi Fonologi



Fonologi ialah kajian mengenai pola bunyi bahasa, iaitu kajian mengenai bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.



Alat-alat sebutan

Bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat sebutan seperti beikut:


Bibir

Gigi

Gusi Lelangit keras

Lelangit lembut

Anak tekak

Lidah


Rongga tekak

Rongga mulut

Rongga hidung

Paru-paru

Peti suara dan pita suara





Alat-alat sebutan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:

(a) pengeluar (artikulator) - alat yang dapat digerak-gerakkan dengan bebas dan dapat diletakkan di beberapa kedudukan.

Contoh: hujung lidah, bibir lelangit lembut dan sebagainya.

(b) daerah pengeluar (artikulasi) - merupakan tempat-tempat yang dapat
dicapai olah artikulator.Contoh: gigi atas, gusi dan lelangit keras.







Penggolongan Bunyi Bahasa Melayu



Umumnya, dalam bahasa Melayu, terdapat tiga golongan bunyi iaitu vokal, konsonan dan diftong.

Kumpulan pertama ialah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut.

Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan tidak tersekat atau terhimpit.

Bunyi itu hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir.

Kumpulan bunyi yang dihasilkan demikian dikenali sebagai vokal.

Golongan kedua ialah bunyi yang dihasilkan dengan gangguan oleh
alat-alat sebutan sehingga jalan aliran udara dari paru-paru terganggu,
dengan cara disekat atau dihalang dan udara keluar melalui ronga mulut
atau rongga hidung.

Kumpulan bunyi yang terhasil dikenali sebagai konsonan.

Selain dua golongan utama itu, terdapat pula bunyi geluncuran, iaitu
bunyi yang bermula daripada satu vi\oakl dan beralih kepada bunyi vokal
yag lain.

Geluncuran bunyi vokal ini dikenali sebagai diftong.

Contohnya bunyi [ai] bermula daripada bunyi vokal depan luas (a) dan mluncur kepada bunyi vokal depan sempit .



Vokal

Terdapat enam vokal dalam Bahasa Melayu. Lihat jadual di bawah.
Lambang fonetik Contoh perkataan Nota
[a] anak, tanah, lada
[è] ela, semak, sate
iring, kita, seri
[] emak, betul Tidak terdapat di hujung perkataan
[o] obor, botak, moto
ular, sultan, saku



Konsonan asli bahasa Melayu

Dalam bahasa Melayu terdapat 18 bunyi konsonan asli sembilan konsonan pinjaman.

Sembilan konsonan asli dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan iaitu p, t, m, n, /ng/, s, h, r dan l.

Konsonan b, d, g, c dan j hanya hadir pada akhir perkataan pinjaman
seperti bab, had, beg, koc dan kolej. Huruf konosnan /ny/, w dan y
tidak pernah terdapat pada akhir perkataan.

Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan oleh aliran udara yang tersekat
atau terhalang oleh salah satu alat sebutan seperti bibir, gusi,
lelangit lembut, dan sebagainya dan udara dilepaskan melalui rongga
mulut atau rongga hidung.

[p], , [t], [d], [k], [g], [q], [c], [j], [m], [n], [], [], [f], [v], [], [], [s], [z], [], [x], [], [h], [r], [l], [w], [y]



Fonem

Fonem ialah unit bahasa terkecil yang berfungsi.

Satu unit ujaran yang bermakna, atau perkataan, terdiri daripada beberapa unit bunyi, misalnya kata palu.

Kata ini terdiri daripada empat unit bunyi, iaitu p, a, l, u.

Unit-unit bunyi ini dipanggil fonem, iaitu unit terkecil yang berfungsi.

Jika p diganti dengan m, maka palu akan bertukar menjadi malu.

Oleh itu, p dan m adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit itu membezakan maksud ujaran.



Alofon

Fonem terdiri daripada anggota fonem yang dipanggil alofon.

Misalnya fonem p dalam palu, lupa dan luap.

Bunyi p dalam palu dan lupa diujarkan sebagai letupan bibir yang
sempurna , tetapi dalam luap, bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir
yang tidak sempurna, yakni tidak diletupkan.

Dengan itu, daripada ketiga-tiga contoh kata di atas, fonem p mempunyai dua alofon.



Suku Kata

Suku kata ialah bahagian perkataan yang berasaskan kehadiran vokal.
Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau
bersama-sama dengan konsonan.

Dalam bahasa Melayu terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang berakhir dengan vokal dipanggil suku kata terbuka.

Suku kata lain ialah suku kata tertutup kerana diakhiri dengan konsonan. Beberapa jenis suku kata:



1. Kata tunggal satu suku kata
Suku kata Contoh
KV yu
VK am
KKVK draf, gred. brek



2. Kata tunggal dua suku kata
Suku Kata Contoh
V + KV ibu, ela, era
V + VK air, aib
V + KVK adat, emas
VK + KV anda, unta, angsa
VK + KVK antah, untuk, ingkar,
KV + KVK bukan, dekat



3. Kata tunggal tiga suku kata
Suku Kata Contoh
KV+V+KV biasa, cuaca, suara
KV + V +KV kaedah
V + KV + V abai, usia
KV+KV+VK maruah, peluang
KV+KVK+KVK kelompok, kumandang



4. Kata tunggal empat suku kata
Suku Kata Contoh
KV+KV+KV+KV panorama
KV+KV+KV+KVK masyarakakat
KVK+KV+V+KV sentiasa

5. Kata-kata tunggal yang lebih daripada empat suku kata ialah:

universiti = V + KV + KVK +KV+KV ( lima suku kata)
言言
言言

帖子数 : 89
学分 168
来自 : malaysia
注册日期 : 09-07-25
年龄 : 29

返回页首 向下

返回页首


 
您在这个论坛的权限:
不能在这个论坛回复主题