STPM :: SPM 考生论坛
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

【BM】SOALAN STPM 1998 KESUSASTERAAN MELAYU

向下

【BM】SOALAN STPM 1998 KESUSASTERAAN MELAYU Empty 【BM】SOALAN STPM 1998 KESUSASTERAAN MELAYU

帖子 由 言言 周日 七月 26, 2009 10:56 am

KERTAS 1 SEJARAH & KRITIKAN SASTERA (3 JAM)


Jawab empat soalan sahaja: satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, B, dan C, dan satu
soalan lagi dari mana-mana bahagian.


BAHAGIAN A : PENGENALAN KESUSASTERAAN DAN KRITIKAN SASTERA
1.Sajak merupakan salah satu jenis kesusasteraan Melayu moden yang
mendapat tempat di Malaysia sebelum Perang Dunia Kedua lagi. Dengan
mengemukakan contoh-contoh yang sesuai, huraikan ciri-ciri sajak
sebelum perang berdasarkan aspek-aspek yang berikut.

A. Tema [9]
B. Bentuk [8]
C. Gaya bahasa[8]


2. Pendekatan kemanusiaan merupakan pendekatan yang sering digunakan dalam kegiatan kritikan sastera.

A. Jelaskan pengertian pendekatan kemanusiaan ini. [4]
B. Huraikan tiga unsur yang ditekankan dalam pendekatan kemanusiaan. [9]
C. Nyatakan tiga sebab pendekatan kemanusiaan penting digunakan dalam kritikan sastera. [12]


BAHAGIAN B: SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL
3. Dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai, bincangkan ciri-ciri sastera tulisan. [25]

4.Raja Ali Haji ialah seorang penulis sastera sejarah dari Riau pada
abad ke-19 yang memberikan sumbangan penting kepada sastera sejarah.
A. Huraikan kegiatan penulisan Raja Ali Haji. [9]
B. Jelaskan pembaharuan yang dibawa oleh Raja Ali Haji dalam karya sastera sejarahnya. [16]


BAHAGIAN C: SEJARAH KESUSTERAAN MELAYU MODEN

5.Sarjana-sarjana sastera banyak memperkatakan tentang pembaharuan yang
dibawa oleh Abdullah Munsyi dalam kesusasteraan Melayu moden.
Bincangkan dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai, lima aspek
pembaharuan yang diperkenalkan oleh Abdullah Munsyi melalui karya-karya
sasteranya. [25]


6. Terangkan apa yang anda fahami dengan institusi Anugerah Sastera
Negara dan keistimewaan yang diperolehi penerimanya. Bincangkan
sumbangan dan keunikan dua tokoh Sasterawan Negara dalam bidang
penulisan puisi moden. [25]
言言
言言

帖子数 : 89
学分 168
来自 : malaysia
注册日期 : 09-07-25
年龄 : 28

返回页首 向下

返回页首


 
您在这个论坛的权限:
不能在这个论坛回复主题